Hi kawan2 dan adik2. Kak Embun Nak kenalkan diri di sini. Ini blog memasak Kak Embun, nak share resipi dan pelbagai jenis masakan yg mudah2 je. Kita ni duk dlm zaman serba moden, masa untuk memasak terlalu terhad, maka Kak Embun nak syorkan cara memasak dgn mudah.
Okaylah, entri ni, Kak Embun nak share dgn kawan2 semua resipi masak Nasi Goreng Simple tapi Sedaaappp!
Bahan2:
1. 1 mankuk nasi putih
2. 5 biji cili api
3. 2 biji cili besar
4. 1 mankuk kacang panjang di potong (1 inchi)
5. 4 biji telur
6. 6 biji berbola sotong di potong bulat2
7. 1 biji bawang besar
8. 3 ulas bawang putih
9. 1 sudu kecil serbuk sesedap rasa jenama maggi
10.2 sudu kicap masin
11.1 biji timan dan 1/2 sayur saled untuk garnish, aceh ceh..
12.1 sudu besar minyak masak untuk menumis.
Settle..
Kaedah membuatnya:
1. Goreng telur 'scramble' dan asingkan
2. Tumis bawang putih yg ditumbuk kasar dan bawang besar yg di potong bulat2
3. Masukkan cili api yg potong kecik2 dan cili besar yg juga dipotong kecil2.
4. Kacau2 dan 'add' berbola sotong yg kita potong tadi, goreng sampai masak ..pastu masukkan nasi dan gaul sampai rata.
5. Kemudian masukkan kicap, serbuk perasa maggi dan telur 'scramble' tadi.
6. Kacau lagi sampai rata...
Tadahhhh...hidangan siap!!
Yum, walaupun mudah, tapi menyelerakan. Enjoy!!


No comments:
Post a Comment